Kekang Covid -19, pulih ekonomi faktor sokongan kepada PM kekal tinggi

Kekang Covid -19, pulih ekonomi faktor sokongan kepada Muhyiddin kekal tinggi

WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usaha kerajaan memerangi pandemik Covid-19 dan memacu pemulihan ekonomi negara antara faktor sokongan rakyat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal tinggi.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, agenda Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Muhyiddin yang bersifat prihatin, mesra rakyat, mengutamakan kebajikan, menjamin peluang yang adil dan saksama untuk semua menyumbang sokongan terhadap beliau.

Selain itu katanya, penerimaan paling baik dalam kalangan orang Melayu juga tidaklah mengejutkan kerana PN berteraskan Melayu Pribumi dan dalam masa sama bersikap adil kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Walaupun iklim ekonomi global akan terus merudum dalam masa terdekat, kerajaan komited mencipta lebih banyak peluang pekerjaan khususnya untuk anak muda serta memacu sektor yang mendapat manfaat daripada Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) sebagai enjin pertumbuhan ekonomi utama.

“Rakyat Malaysia juga dialu-alukan agar terus bersama-sama kerajaan untuk menjayakan perjuangan untuk menewaskan wabak Covid-19, membantu rakyat yang memerlukan, membuka kembali ekonomi agar punca pendapatan terus bersambung, serta menjamin kemakmuran bersama untuk semua,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tinjauan terbaharu dijalankan firma kajian pendapat, Merdeka Centre baru-baru ini mendapati sokongan rakyat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal tinggi.

Kajian tersebut menunjukkan 69 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Muhyiddin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.