PETALING JAYA: Dua pengkhianat Jabatan Imigresen tergamak meletakkan peranti dalam komputer jabatan tersebut untuk digodam sindiket mencetak Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) warga asing selepas diberi habuan RM5,000 hingga RM20,000 sebulan untuk setiap orang. Malah kedua-dua kakitangan imigresen itu juga didakwa boleh buat duit sehingga RM100,000 dalam keadaan tertentu mengikut tugas diberikan sindiket. Menerusi peranti tersebut, sindiket diketuai seorang Datuk berusia 43 tahun berkenaan mampu menggodam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs)…










