Graduan USIM dapat permintaan tinggi - Naib Canselor

Graduan USIM dapat permintaan tinggi – Naib Canselor USIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran pekerjaan.

Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berkata, pada tahun 2019, USIM telah berjaya mencapai Kebolehpasaran Graduan (GE) sebanyak 93 peratus iaitu peningkatan sebanyak 20.9 peratus daripada 72.1 peratus pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, kini USIM telah berada di tangga keenam dalam kalangan 20 buah universiti awam di negara ini dan ia membuktikan graduan USIM berdiri setanding serta mempunyai kualiti graduan cemerlang seperti graduan universiti awam lain.

“Melalui program akedemik yang berkualiti dan program pembangunan pelajar serta bakal graduan yang berstruktur, para graduan USIM telah mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran pekerjaan.

“USIM akan terus memastikan kebolehpasaran graduan USIM terus meningkat setiap tahun dengan program-progran pembangunan graduan dan alumni,” katanya sewaktu berucap sempena Majlis Konvokesyen Ke-18 USIM (Sidang Pertama) di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai, dekat sini hari ini.

Canselor USIM, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan hadir dan menyempurnakan majlis tersebut.

Tambah Mohamed Ridza, setelah 20 tahun ditubuhkan, pelajar USIM berkenaan melebihi 12,000 manakala jumlah alumni telah melebihi 22,600 orang.

Menurutnya lagi, buat pertama kalinya USIM telah tersenarai dalam ranking dunia dengan penarafan tiga bintang melalui Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings.

“Selain itu, USIM juga telah berjaya mencapai penarafan empat bintang dalam Penarafan Bintang Malaysia Research Assessment (MyRA) 2020 untuk bidang penyelidikan dan inovasi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.