fbpx

Geng Nicky: 10 pegawai polis, 2 pegawai SPRM ditahan

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: 10 pegawai polis dan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kartel jenayah terancang Geng Nicky.

Dua pegawai berpangkat superintenden dan inspektor yang bertugas di Bukit Aman antara yang ditahan, selain pegawai di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, turut ditahan ialah dua pegawai SPRM berpangkat Penolong Pesuruhjaya dan Penguasa yang bertugas di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Kesemua mereka yang berusia 36 hingga 49 tahun ditahan dalam Op Pelican 3.0 Fasa 2 bermula 21 April hingga hari ini. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI