Celcom-Digi kukuhkan dominasi oligopoli - Utusan Malaysia

Celcom-Digi kukuhkan dominasi oligopoli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggabungan Celcom Axiata Berhad (Celcom) dengan Digi.com Berhad (Digi) akan mengukuhkan dominasi oligopoli syarikat telekomunikasi dalam pasaran domestik.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pengukuhan dominasi tersebut juga tidak semestinya akan memberi manfaat kepada pengguna memandangkan dana, saiz aset dan kepakaran teknologi hanya tertumpu kepada segelintir syarikat kecil.

“Contoh kesan buruk oligopoli ialah apabila hanya syarikat telekomunikasi yang tertentu sahaja mempunyai dana dan saiz aset yang besar, yang mampu untuk menawarkan perkhidmatan internet 5G kepada pengguna.

“Oleh itu, (mereka) akan mengenakan harga premium kerana tiada banyak pesaing dalam pasaran,” katanya kepada Utusan Malaysia, merujuk kepada kemungkinan situasi yang timbul apabila pasaran oligopoli yang kukuh wujud.

Namun, menurut Razman, pengguna akan menerima manfaat sekiranya penggabungan tersebut membolehkan syarikat baharu lebih berdaya saing.

“(Ia menguntungkan pengguna) jika ia membolehkan syarikat baharu menawarkan perkhidmatan yang lebih baik melalui pengoperasian yang lebih efisien hasil manfaat skala ekonomi dan keupayaan menaik taraf kepada perkhidmatan 5G,” katanya.

Kelmarin, Celcom dan Digi disahkan akan bergabung bagi membentuk syarikat Celcom-Digi Berhad (CDB) yang akan menjadi syarikat telekomunikasi terbesar negara.

Menurut nota kajian oleh CGS-CIMB, gabungan tersebut secara jelas akan menjadi operator telekomunikasi telefon bimbit nombor satu negara dengan jumlah pendapatan proforma sehinga RM12.4 bilion dan EBITDA sebelum penggabungan sebanyak RM5.7 bilion.

Gabungan itu juga akan mengumpul 19.1 juta pelanggan dan penguasaan pasaran perkhidmatan telefon bimbit pada 52 peratus, berbanding 3 peratus untuk Maxis dan 15 peratus untuk U-Mobile.

Dalam pada itu, Ahmed Razman menjangkakan ramai kakitangan Celcom dan Digi akan ditawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kerana penggabungan tersebut menyebabkan banyak pertindihan kerja.

“Apa yang Celcom dan Digi boleh lakukan ialah membantu mereka yang menerima VSS untuk mendapatkan pekerjaan baharu dengan turut menampung kos perkhidmatan ejen mencari pekerjaan untuk pekerja-pekerja ini,” katanya.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia kelmari, Celcom dan Digi menyatakan komitmen untuk tidak melakukan sebarang pengurangan pekerja secara paksa dan mengekalkan jenama Celcom serta Digi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya