Rakyat perlu bersabar untuk rentas negeri - Ismail Sabri

Bersabar untuk rentas negeri

KERAJAAN akan membenarkan rentas negeri selepas dipersetujui oleh jawatankuasa khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kebenaran rentas negeri merupakan soalan cepu emas yang wajib dan pasti akan ditanya kerana rakyat pada ketika ini sememangnya tertunggu-tunggu bila kerajaan akan membenarkannya. 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tambahan lagi menjelang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, rakyat pastinya mahu rentas negeri untuk pulang ke kampung halaman.

“Sabar, perkara ini (rentas negeri) kita akan bincang. Ini kerana enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak banyak berubah daripada segi kadar jangkitan Covid-19.

“Kes jangkitan masih lagi turun naik. Segala keputusan akan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan, kalau kementerian itu kata okay, kita akan membenarkannya.

“Ini kerana, segala keputusan atas nasihat Kementerian Kesihatan, merekalah yang buat kajian setiap dua minggu dari segi kebolehjangkitan wabak ini,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia di Hotel Swiss-Bell di sini hari ini. 

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abdul Aziz, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad. 

Pada majlis berkenaan, seramai 295 penerima menerima Pingat Jasa Malaysia sebagai penghargaan oleh kerajaan terhadap jasa dan bakti mereka kepada negara terutamanya semasa Darurat.

Berhubung kebenaran rentas negeri kepada penerima dua dos vaksin Covid-19, Ismail Sabri berkata, ia akan dilaksanakan jika jawatankuasa khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju. 

“Tapi kita belum putuskan lagi, kita masih berbincang berhubung perkara ini,” katanya. 

Semalam, Perdana Menteri berkata, rakyat Malaysia yang sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 bukan sahaja akan dibenarkan merentas negeri, malah dijangka boleh ke luar negara tertentu, dengan syarat mereka memiliki sijil pengesahan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sudah berbincang dengan beberapa negara bagi membolehkan rakyat negara ini melakukan perjalanan ke negara terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya