Sebanyak 2,717 kes positif; 2,292 kes sembuh; 11 kematian

2,717 kes positif; 2,292 kes sembuh; 11 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 menghampiri 3,000 kes iaitu 2,717 kes mengatasi kes sembuh iaitu 2,292 kes.

Sebanyak 11 kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 22,926 kes berbanding semalam, 22,512 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 272 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 124 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi merekodkan kes positif baharu iaitu 768 kes diikuti Sarawak, 570 kes; Kelantan, 518 kes; Kuala Lumpur, 240 kes; Pulau Pinang, 134 kes; Sabah, 132 kes dan Johor, 126 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Perak, 54 kes; Terengganu, 50 kes; Kedah, 34 kes; Melaka, 30 kes; Negeri Sembilan, 27 kes; Pahang, 22 kes dan Putrajaya, 11 kes.

“Hanya Perlis merekodkan satu kes manakala Labuan, sifar kes,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya