15.6 juta rakyat Malaysia belum lengkapkan banci - Utusan Malaysia

15.6 juta rakyat Malaysia belum lengkapkan banci

MOHD. Uzir Mahidin (dua dari kiri) turun padang melakukan bancian penduduk di Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seramai 15.6 juta rakyat Malaysia dikesan belum melengkapkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, berdasarkan statistik sehingga semalam, hanya 17.1 juta iaitu 52.1 peratus isi rumah termasuk bukan warganegara dibanci menerusi kaedah dalam talian, e-Census dan secara bersemuka.

Katanya, bancian tertinggi melibatkan penduduk bumiputera dengan 11.1 juta orang diikuti Cina seramai 3.7 juta dan India (1.1 juta).

“Di samping itu, tujuh negeri mencatatkan kadar respons melebihi 60 peratus iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya, Johor, Perlis, Kelantan, Melaka, Perak dan Terengganu.

“Kita di landasan tepat untuk menyelesaikan pembancian mengikut tarikh ditetapkan 30 Jun dengan dibantu seramai 9,600 pembanci di seluruh negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas memantau pembancian secara bersemuka di Kampung Seberang Takir di sini, hari ini.

Mohd. Uzir berkata, proses pembancian di kawasan bandar di Semenanjung agak perlahan berbanding kawasan kampung.

Bagaimanapun, katanya, situasi itu berbeza di Sabah dan Sarawak yang menyaksikan penduduk di kawasan bandar lebih cepat dibanci daripada penduduk di kawasan pedalaman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya