JOHOR BAHRU: Udara Pasir Gudang beracun. Begitulah kesimpulan Badan Bertindak Akademi Sains Malaysia (ASM) yang menemui punca pencemaran daerah itu rupanya akibat partikel kimia berbahaya yang dikeluarkan menerusi cerobong-cerobong asap kilang. Penemuan tersebut sekali gus, menolak anggapan hampir semua pihak bahawa peristiwa yang menjejaskan hampir 6,000 penduduk Pasir Gudang yang dilanda rasa loya, pening kepala, muntah dan ada yang pengsan pada 7 Mac 2019 disebabkan pembuangan sisa bahan kimia ke…










