Tiga kluster serang saya - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Tiga kluster serang saya – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa menjadi serangan ‘tentera siber’ dalam Facebooknya selepas mengarahkan penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk all out menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ahmad Zahid berkata, terdapat tiga kluster membuat serangan dan memperlekeh tindakannya di samping cuba memutar belit gesaan tersebut.

Beliau mengelarkannya golongan itu sebagai ‘Kluster Fitnah’, ‘Kluster Cari Makan’ dan ‘Kluster Takut Bos Hilang Kuasa’.

“Kluster Fitnah bimbang rakyat tahu akan kebenaran dan akan tahu pernah diperdayakan bos mereka manakala Kluster Kuasa khuatir bos (mereka) hilang kedudukan apabila rakyat menyedari UMNO dan BN jua yang terbaik untuk mereka.

“Selain itu, Kluster Cari Makan pula takut UMNO dan BN bangkit dan bos (mereka) hilang jawatan, maka mereka apa pun tak boleh dapat,” katanya dalam hantaran Facebook beliau, semalam.

Isnin lalu, Ahmad Zahid menggesa seluruh jentera, ahli dan penyokong UMNO dan BN agar perlu memanfaatkan media sosial sebagai platform menyalurkan maklumat yang tepat tentang parti dan komponennya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengesa semua jentera, ahli dan penyokong UMNO dan BN agar terus fokus kepada agenda perjuangan parti dengan terus memperkasakan semula parti dengan hati penuh tulus ikhlas demi rakyat dan negara.

“Insya-Allah platform media sosial akan dapat membantu usaha murni tuan-puan semua. Abaikan reverse psychology tentera siber. Kita belum terlambat dalam penggunaan media sosial seperti yang mereka dakwa.

“It is never too late”. Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kita jadikan sempadan. PRU-15 objektif destinasi kejayaan kita bersama,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.