PUTRAJAYA: Tindakan syarikat terkemuka antara ribuan entiti perniagaan yang culas membayar cukai menyebabkan tunggakan hutang terkumpul kini menjangkau RM4 bilion. Lebih mengejutkan, sebahagian entiti tersebut yang merupakan syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia didapati gagal berbuat demikian dalam tempoh dua hingga lima tahun. Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, pihaknya tidak berdiam diri malah sudah bertindak untuk mengutip…










