RM33 juta dadah dirampas di Pulau Pinang dalam tempoh 2 bulan tahun ini - Utusan Malaysia

RM33 juta dadah dirampas di Pulau Pinang dalam tempoh 2 bulan tahun ini

Menyamar polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Hanya dalam tempoh dua bulan tahun ini, pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM33 juta dirampas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang di negeri ini. 

Menurut Ketua Polis ngeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan, jumlah rampasan itu menunjukkan peningkatan berbanding keseluruhan rampasan dadah bernilai kira-kira RM43.7 juta sepanjang tahun lalu. 

Tambah beliau, selain rampasan dadah, operasi berskala besar jabatan itu turut berjaya menahan seramai 1,271 orang bagi membantu siasatan sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun ini. 

Jelasnya, sepanjang tahun lalu pula, operasi sama berjaya menahan seramai 8,633 orang membabitkan 6,574 kes yang dibuka untuk siasatan. 

“Statistik pencapaian tangkapan di bawah 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi tahun lalu adalah sebanyak 356 dengan sabitan sebanyak 185 menjadikan peratusan 100.28 peratus iaitu melebihi sasaran yang ditetapkan,” katanya. 

Beliau ditemui pemberita selepas Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini. 

Dalam pada itu Sahabudin berkata, sepanjang tahun lalu juga polis negeri ini berjaya menahan seramai 34 individu termasuk warga China melibatkan kes pelaburan tidak wujud, sindiket keldai akaun dan tipu nombor ramalan. 

Tambahnya, sebanyak 2,456 kes melibatkan jenayah tersebut dilaporkan dan dibuka kertas siasatan tahun lalu melibatkan kerugian lebih RM181 juta. 

Selain itu ujar beliau, pihaknya juga tidak berkompromi dalam isu integriti dan pematuhan standard Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap pegawai serta anggota yang didapati benar-benar bersalah. 

Sehubungan itu jelasnya, sepanjang tahun ini sebanyak 40 kes pengaduan awam terhadap pegawai serta anggota polis diterima dan kesemuanya telah dibuka kertas siasatan tatatertib. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN