Peserta AIM rugi RM40,000 haiwan ternakan mati terbakar   - Utusan Malaysia

Peserta AIM rugi RM40,000 haiwan ternakan mati terbakar  

MOHD. Noor Hashim melihat kandang kambing dan ayam yang terbakar di Kampung Permatang Durian, Kulim hari ini. UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mengalami kerugian kira-kira RM40,000 selepas sebanyak 28 ekor kambing dan 60 ekor ayam ternakannya mati dalam kebakaran di Kampung Permatang Durian di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 pagi itu, pemilik haiwan ternakan terbabit, Hasnah Darus, 63, turut cedera melecur di lengan dan bahu, sementara  suaminya Mohd. Noor Hashim, 68, melecur di tangan kanan dan leher ketika cuba memadamkan kebakaran.

Menurut Mohd. Noor, dia tidak sempat menyelamatkan haiwan ternakan yang berada dalam kandang kerana api marak dengan cepat.

Katanya, kadang yang diperbuat daripada kayu itu mempunyai dua tingkat dengan menempatkan kambing di tingkat atas dan ayam pula di tingkat bawah.

“Kadang yang diperbuat daripada kayu itu mempunyai dua tingkat iaitu tingkat atas ditempatkan kambing sementara tingkat bawah untuk ayam.

“Saya menyedari kandang tersebut terbakar selepas terdengar bunyi bising kambing serta ada letupan di kandang tersebut yang terletak sejauh lapan meter dari rumah saya,” katanya 

“Ketika itu, api telah marak dan merebak dengan cepat. Saya tidak sempat menyelamatkan haiwan ternakan itu,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Noor berkata, dia cuba memadam kebakaran tersebut bagi mengelak api merebak ke kawasan rumah walaupun berasa bahang api yang panas.

“Saya bersama isteri, anak serta jiran bergilir mengawal api untuk mengelakkan daripada merebak ke kawasan rumah,” katanya.

Sementara itu, Hasnah berkata, dia berasa amat sayu dan sedih apabila gagal menyelamatkan haiwan ternakannya itu.

“Saya terdengar bunyi kambing dan ayam bising beberapa minit sebelum secara tiba-tiba semuanya senyap,apa yang menyedihkan ada beberapa ekor anak kambing yang masih menyusu.

“Saya membuat pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk menjalankan penternakan haiwan ini sejak 10 tahun lalu dan mujurlah sebelum ini kira-kira 30 ekor kambing dewasa sudah dijual,” ujarnya.

Katanya, pada minggu lalu, beberapa ekor ayam sempat dipindahkan ke reban lain.

Tambahnya, kejadian kemungkinan berlaku disebabkan kesan bara api kecil yang digunakan untuk asap bagi menghalau nyamuk di kawasan kandang itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya