Paras air empangan di NS merosot namun masih mencukupi - Utusan Malaysia

Paras air empangan di NS merosot namun masih mencukupi

AMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Paras air empangan di negeri ini masih terkawal walaupun diakui berlaku kemerosotan ekoran cuaca panas ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, paras air empangan belum di peringkat kritikal dan ia masih mencukupi untuk menampung keperluan pengguna.

“Sudah semak dan nampaknya (paras air empangan) dalam keadaan positif cuma di bahagian Gemencheh dan Gemas agak menurun sedikit dan kawasan lain belum kritikal.

“Saya minta semua berdoa Negeri Sembilan dilindungi dan hujan, kita dapat jumlah air yang mencukupi. Belum di peringkat kritikal tetapi jumlah air itu merosot, sudah lama tidak hujan jadi saya harap dan nasihatkan supaya semua tidak membazir air,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri dekat sini hari ini.

Sementara itu, ditanya keadaan dirinya selepas menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech di Hospital Tuanku Ja’afar, di sini semalam, Aminuddin memberitahu berada dalam keadaan sihat dan tiada kesan sampingan walaupun mengakui mempunyai alahan terhadap ubat-ubat tertentu.

“Saya tidak rasa apa cuma selepas disuntik saya rasa mengantuk, selepas itu saya tiada apa-apa jadual dan saya berehat.

“Saya maklumkan, saya alahan dengan ubat. Saya ada kad merah alahan terhadap ubat dan Alhamdulillah selepas setengah jam (disuntik), saya tiada apa-apa, tiada masalah apa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya