Nilai disiplin, integriti PDRM perlu dititikberat - Muhyiddin

Nilai disiplin, integriti PDRM perlu dititikberat – Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiap warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus mempunyai sifat ‘sense of belonging’ dan rasa tanggungjawab tinggi terhadap amanah digalas bagi meningkatkan prestasi pasukan. 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penerapan nilai disiplin dan integriti perlu dititikberatkan dalam pembinaan sahsiah anggota PDRM.

“Penerapan ini adalah bagi membina pasukan penguatkuasaan undang-undang yang kukuh dan utuh,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-214 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. 

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, keupayaan anggota dalam menguasai perundangan negara perlu diperkasakan dengan penyertaan anggota serta pegawai polis dalam latihan, kursus atau persidangan yang dianjurkan. 

“Ini termasuk dalam dan di peringkat antrabangsa bagi memperoleh pendedahan dan perkongsian yang lebih global. 

Tambahnya, kerajaan juga telah memperuntukkan RM30 juta untuk kamera badan khususnya untuk kegunaan operasi-operasi dijalankan sekaligus menolak fitnah yang kerap dilontarkan terhadap PDRM. 

“Kerajaan juga menitikberatkan kebajikan anggota dan pegawai PDRM. 

“Ini terbukti dengan pemberian RM500 terhadap penerima pingat Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 80,000 warga yang telah bersara serta yang masih berkhidmat.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya