Malaysia-Singapura iktiraf sijil vaksinasi kedua-dua negara - Utusan Malaysia

Malaysia-Singapura iktiraf sijil vaksinasi kedua-dua negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia dan Singapura sepakat untuk mengiktiraf sijil vaksinasi Covid-19 yang dibangunkan negara masing-masing bagi memudahkan perjalanan merentas sempadan pada masa depan. 

Perkara itu dicapai dalam pertemuan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama rakan sejawatnya, Dr. Vivian Balakrishnan. 

Dalam kenyataan bersama kedua-dua pemimpin itu,  dua negara ini akan terus melaksanakan program vaksinasi termasuk kepada penduduk jangka panjang yang menetap sama ada di Malaysia atau Singapura. 

“Perkara lain turut dicapai untuk memulihkan perjalanan rentas sempadan bagi kumpulan pelancong lain secara progresif sebagai tambahan kepada skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) dengan mengambil kira keadaan Covid-19 di kedua-dua negara dan memastikan kesihatan awam dan keselamatan penduduk. 

“Perincian operasi pengiktirafan timbal balik sijil vaksin antara Malaysia dan Singapura, termasuk syarat terperinci, protokol kesihatan dan proses permohonan yang terlibat untuk masuk dan keluar kedua-dua negara akan dipertimbangkan dan diselesaikan kedua-dua pihak,” katanya hari ini. 

Vivian dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula hari ini dan esok sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuhkan hubungan erat antara Malaysia dan Singapura.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua menteri berpendirian tegas untuk mengukuhkan hubungan baik dan sekian lama antara Malaysia dan Singapura. 

Mereka turut menekankan betapa pentingnya memperkuatkan kerjasama saling menguntungkan dalam mengatasi cabaran bersama pandemik Covid-19, termasuk memulihkan pergerakan rakyat di samping menjaga kesihatan awam dan keselamatan penduduk di kedua-dua negara. 

“Kedua-dua Menteri turut membincangkan pertemuan 10th Leaders’ Retreat yang akan dihoskan Singapura pada tahun ini dan bersetuju untuk memulakan semula pertemuan bersemuka hubungan dua hala,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya