PETALING JAYA: Dasar kerajaan yang tidak jelas dan diburukkan lagi dengan kedudukan geografinya yang mudah dibolosi, menjadikan Malaysia tarikan buat warga asing sama ada memasuki secara `haram’ atau sah. Kebanjiran migran dari pelbagai benua itu secara tidak langsung menjadikan negara ini ibarat `pusat himpunan’ pelbagai kerakyatan. Situasi tersebut tidak `bagus’ dan tidak `selamat’ buat Malaysia kerana ia mengundang pelbagai masalah seperti jenayah dan sosial. Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Prof.…










