Title % Title - Utusan Malaysia %

Kenduri, perhimpunan sumbang peningkatan kes Covid-19 di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kenduri, majlis keraian dan perhimpunan masyarakat dipercayai mencetuskan kluster-kluster baharu, sekali gus menjadi punca kepada peningkatan kes positif Covid-19 di Kelantan. 

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, semalam, satu lagi kluster baharu timbul  iaitu Kluster Gong Kulim di Pasir Puteh, dipercayai akibat perhimpunan di sebuah negeri di pantai timur baru-baru ini.

“Walaupun majlis perkahwinan, tahlil dan keramaian dibenarkan, semua lapisan masyarakat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2021 di Auditorium Kompleks Rawatan Harian Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini hari ini. 

Hadir sama, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Selasawati Ghazali.

Semalam, kes Covid-19 di negeri ini yang sebelum ini menurun, tiba-tiba melonjak kepada tiga angka iaitu 138 kes dengan Kelantan antara yang tertinggi selepas Selangor, Sarawak dan Pulau Pinang.

Dalam perkembangan lain, Dr. Zaini berkata, pihaknya mengesan hanya satu peratus atau 10 hingga 20 pesakit tibi di negeri ini yang terhenti daripada mendapat rawatan tahun ini.

“Walaupun jumlah itu tidak banyak, kita berharap pesakit tersebut terus mendapatkan rawatan bagi mengelak ia merebak semula kuman tibi kepada masyarakat umum.

“Pesakit tibi perlu mendapatkan rawatan selama enam bulan bagi penyakit itu dan kegagalan mengikut jadual rawatan ditetapkan boleh menyebabkan pesakit boleh dijangkiti semula penyakit tersebut,” katanya.

Tambah beliau, penyakit tibi adalah penyakit berjangkit yang merebak melalui udara dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja.

“Di Kelantan, kes tibi melibatkan petugas kesihatan seperti pegawai perubatan ,pergigian, farmasi dan jururawat pada tahun lepas adalah 21 orang, berbanding 2019 hanya 15 orang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya