Isu lompat parti macam kes cerai - Rosol - Utusan Malaysia

Isu lompat parti macam kes cerai – Rosol

ROSOL WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pemimpin politik diingatkan tidak mengaitkan isu tukar atau lompat parti dengan agama kerana mana-mana wakil rakyat ada kebebasan untuk menyertai pertubuhan politik pilihan masing-masing.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Rosol Wahid berkata, isu itu tidak wajar diperbesarkan kerana perbuatan berkenaan ti­dak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Parti politik bukan agama jadi wakil rakyat bebas untuk masuk mana-mana parti pilihan. Kalau tidak senang de­ngan parti A, dia boleh pergi ke parti lain.

“Sebenarnya tiada isu cuma biasalah parti yang ditinggalkan itu tentunya marah kerana wakil rak­yatnya lari dan situasi ini sama seperti kes orang yang bercerai sahaja, berkemungkinan bekas pasangan masih tidak boleh menerima hakikat perhubungan sudah ber­akhir,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan tindakan wakil rakyat sama ada ahli parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lompat parti tidak boleh dihalang kerana perbuatan tersebut tidak bercanggah dengan Per­­lembagaan Persekutuan.

Mengambil contoh Pulau Pinang yang melaksanakan undang-undang Akta Antilompat Parti, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pelaksa­naan kerajaan negeri itu tersekat kerana perlu mengubah Perlembagaan Persekutuan terlebih dahulu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN