Harga makanan haiwan naik berpunca isi rung kelapa sawit kurang - Utusan Malaysia

Harga makanan haiwan naik berpunca isi rung kelapa sawit kurang

CHE Abdullah Mat Nawi (kiri) melancarkan produk terbaharu Ayam Bismi, Chicken Meatball selepas melawat kilang pemprosesan Ayam Bismi di Simpang Empat Kangkung, Alor Setar, Kedah, hari ini. - UTUSAN/ZAID MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mendedahkan kenaikan harga makanan haiwan ternakan di negara ini berpunca daripada kekurangan bekalan isi rung kelapa sawit yang merupakan antara bahan kandungan dalam makanan haiwan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kekurangan isi rung kelapa sawit itu berlaku apabila syarikat pengeluar bahan tersebut mengeksport ke luar negara.

Katanya, keadaan tersebut menyebabkan harga makanan haiwan itu didapati meningkat antara tiga hingga lima peratus sejak kebelakangan ini.

“Kenaikan harga makanan haiwan itu didapati membebankan penternak haiwan seperti lembu dan ayam di seluruh negara.

“Salah satu daripada bahan makanan itu terdiri daripada isi rung kelapa sawit. Isi rung kelapa sawit memang kita keluar dalam negara kita, cuma pihak pengeluar mempunyai kontrak di luar negara dan mendapat harga lebih baik di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Kilang Pemprosesan Ayam Bismi di Simpang Empat Kangkung, dekat sini hari ini.

Yang hadir sama Pengasas Ayam Bismi, Datuk Jaffri Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Ayam Basmi, Mazlina Kamarudin.

Sehubungan itu, Che Abdullah memberitahu, kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan pengeluar isi rung kelapa sawit supaya memperuntukkan bekalan isi rung yang mencukupi bagi kegunaan dalam negara.

Katanya, langkah tersebut diambil bagi menstabilkan harga makanan haiwan ternakan di pasaran.

“Kementerian cuba berbincang dengan pengeluar ini supaya sebahagian isi rung yang dieksport itu dapat juga kita kekalkan dalam negara untuk kegunaan dalam negara bagi menstabilkan harga bahan makanan haiwan ternakan,” katanya.

Selain itu, katanya kementeriannya turut sedang berbincang dengan pelbagai agensi berkaitan untuk meningkatkan penanaman jagung yang juga boleh dijadikan sebagai makanan haiwan.

“Kementerian juga menggalakkan penternak sendiri mengusahakan sendiri bekalan makanan haiwan seperti menanam rumput napier,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.