IPOH: Dakwaan tanah rizab Melayu di negeri ini berpindah milik kepada bukan Melayu akhirnya mendapat perhatian kerajaan negeri apabila pegawai penasihat undang-undang negeri sedia mendengar penjelasan mengenai dakwaan tersebut. Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman yang membuat dakwaan mengenai tanah rizab tersebut berkata, pegawai penasihat undang-undang tersebut telah memberi persetujuan untuk berjumpa dengan beliau. Bagaimanapun, menurut beliau, setakat ini belum ada tarikh pertemuan ditetapkan dan beliau…










