Gerak sendiri atau terus dibuli Bersatu - Utusan Malaysia

Gerak sendiri atau terus dibuli Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO perlu membuat ketetapan untuk bergerak sendiri daripada terus ‘dibuli’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ini berikutan suara UMNO adalah lebih besar daripada Bersatu di Parlimen, namun kini diibarat mengikut telunjuk parti itu dalam kerjasama yang terjalin di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, ketika awal pemerintahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, UMNO adalah parti yang mempunyai majoriti yang melebihi Bersatu, tetapi yang memerintah tetap Bersatu.

Katanya, UMNO dilihat akan lebih mendapat undian majoriti melebihi parti-parti lain yang akan bertanding sekiranya bergerak sendiri dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

“Ketika itu, UMNO yang beroleh majoriti dapat menjadi ke­tua. Dari situ dia (UMNO) akan bentuk kerjasama yang baru.

“Besar kemungkinan mereka (UMNO) boleh berjaya, sebab Bersatu tidak mempunyai orang di akar umbi, hanya di peringkat atasan (wakil rakyat) sahaja,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Beliau mengulas mengenai hubungan di antara kedua-dua parti itu yang dilihat retak dan mungkin tidak boleh menjalin kerjasama dalam PRU-15.

UMNO juga dilaporkan menghantar surat kepada Muhyiddin berhubung keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan PN menjelang PRU-15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN