Bomba sedia hadapi gelombang haba, jerebu - Utusan Malaysia

Bomba sedia hadapi gelombang haba, jerebu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Enam langkah persediaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghadapi ‘Gelombang Haba’ dan kebakaran hutan, belukar serta perladangan sekali gus menyebabkan berlakunya jerebu. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, ia susulan taburan 

hujan yang rendah  beberapa minggu ini  menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan diramal berlarutan  sehingga pertengahan tahun ini. 

“Enam langkah tersebut ialah mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengikut peringkat Negeri, Zon dan Balai, mengaktifkan Bilik Gerakan Operasi Jerebu

dan Pembakaran Terbuka dan melaksanakan Pemantauan Titik Panas dan menganalisa bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan keadaan cuaca daripada Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan MetsMalaysia. 

“Tiga lagi  menjalankan rondaan di lokasi titik panas, mengatur gerak logistik dan kelengkapan seperti pesawat, jentera dan peralatan pemadaman mengikut titik panas,” kata beliau dalam ucapan sempena Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat bulan Mac 2021 di sini hari ini. 

Mohammad Hamdan berkata, jabatan mempelopori pelbagai idea dan kaedah kreatif

bagi menangani dan mengawalkan kejadian tahunan ini, termasuklah kerjasama dengan agensi lain.

“Sehingga awal Mac 2021, sejumlah 5,354 kes kebakaran direkodkan melibatkan kebakaran kebun, belukar dan hutan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.