Yapeim, GOGOPASAR hantar bantuan kepada mangsa banjir di Pahang - Utusan Malaysia

Yapeim, GOGOPASAR hantar bantuan kepada mangsa banjir di Pahang

ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri (empat dari kiri) bergambar sebelum pelepasan Program Insipirasi Qaseh - Misi Musa'adah 2021 anjuran Yapeim dan GOGOPASAR di Kompleks Islam Putrajaya hari ini. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 1,300 keluarga terjejas banjir di Jerantut, Pahang bakal menerima sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dan GOGOPASAR.

Pemangku Ketua Pengarah Yapeim, Parihah Hasan berkata, bantuan barangan makanan asas iaitu ayam segar, daging, minyak masak, beras, sos dan kicap itu adalah sebahagian Program Inspirasi Qaseh Kami – Misi Musaadah 2021.

“Agihan ini bertujuan memberi kegembiraan dan bentuk sokongan kepada mangsa bencana dari kalangan berpendapatan B40,” kata pada majlis pelepasan konvoi penghantaran bantuan tersebut yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Abdul Aziz Jusoh dan Ketua Pegawai Eksekutif GOGOPASAR, Lynn Alias.

Parihah berkata, pada 21 Januari lepas Yapeim telahmenghantar sejumlah 500 tilam kepada 250 keluarga mangsa banjir di Raub, Pahang.

Katanya, ia diikuti penghantaran barangan makanan asas bernilai RM100,000 kepada 1,000 keluarga miskin dengan kerjasama Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan pada 27 Januari lalu.

“Kita berharap sumbangan bantuan sebegini dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung mangsa banjir terutama golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Tambah beliau, sumbangan itu juga bertujuan memaksimumkan agihan kutipan wang amal jariah daripada orang ramai sebagai manfaat kepada mereka yang memerlukan bantuan.

Dalam pada itu, Lyn berkata, misi tersebut adalah program ketiga dilaksanakan GOGOPASAR dan pihaknya amat berbesar hati bekerjasama dengan Yapeim.

Anak syarikat FGV Integrated Farming Holdings Sdn. Bhd. itu pernah menyertai misi bantuan banjir ke beberapa lokasi di Pahang bermula pada 13 Januari dan kemudian 20 Januari lepas.

“Kami berharap lebih banyak usaha sama sebegini dapat dijalinkan dengan pihak Yapeim pada masa hadapan terutama bantuan kepada mangsa bencana alam,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya