PETALING JAYA: Orang ramai tidak kebal walaupun telah disuntik vaksin Covid-19 dan perlu kekal patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Seri Dr. Jacob George berkata, vaksin ini tidak boleh menjadi ‘silver bullet’ bahawa selepas menerima suntikan, masyarakat tidak lagi perlu mengikuti SOP. “Rakyat jangan salah faham dan anggap bahawa selepas menerima vaksin, mereka tidak lagi perlu patuhi dan ikut…










