HULU TERENGGANU: Hobi mengumpul barangan terbuang sejak 20 tahun lalu menjadikan rumah bekas tentera di Kampung Paloh Nyiur, di sini seolah-olah tempat pelupusan televisyen. Abdul Manat Ibrahim, 70, berkata, sehingga kini dia memiliki hampir 100 televisyen rosak daripada pelbagai jenama dan saiz hasil sumbangan orang ramai termasuk kenalan rapat serta penduduk setempat. Katanya, sebahagian koleksi kesayangannya itu ditempatkan di sepanjang kawasan rumah sebagai ‘pagar’ dan tidak menyangka cetusan idea tersebut…










