IPOH: Bersemuka dengan Menteri Besar, itu jalan terbaik bagi menjelaskan isu sebenar mengenai dakwaan berlaku penyelewengan tanah rizab Melayu di negeri ini yang dikatakan ‘sudah selesai’. Itu pendirian Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman berikutan kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berhubung isu tanah rizab Melayu berkeluasan 641.6 hektar di Perak. Menurut Hamidah, beliau sedia bersemuka pada bila-bila masa dengan Saarani untuk menjelaskan mengenai dakwaannya…