SPP kini dikenali sebagai Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan - Utusan Malaysia

SPP kini dikenali sebagai Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran kini dikenali sebagai Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) berkuat kuasa serta-merta.

Perkara tersebut dimaklumkan suruhanjaya berkenaan menerusi kenyataan akhbar hari ini.

“Sehubungan itu, bagi urusan rasmi dan surat menyurat boleh menggunakan maklumat perhubungan di alamat Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Aras 1 – 4, Blok F9, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, Putrajaya,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, kenyataan itu memaklumkan, orang ramai yang berurusan dengan pihaknya boleh menghubungi talian 03-88717730 (Pusat Panggilan SPP) atau 03-80008000 (MyGCC) manakala faks di talian 03-88717449.

SPP adalah Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen.

Suruhanjaya itu juga bertanggungjawab dalam urusan kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan atau pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya