Sembilan menara telekomunikasi bakal dibina di DUN Pengkalan Berangan tahun ini - Utusan Malaysia

Sembilan menara telekomunikasi bakal dibina di DUN Pengkalan Berangan tahun ini

SULAIMAN SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Masalah capaian internet di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan di sini yang berlarutan sejak sekian lama bakal diatasi apabila sembilan menara telekomunikasi dibina, tahun ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Sulaiman Sulong berkata, penyelesaian jangka panjang itu dilaksanakan menerusi inisiatif Jalinan Digital Negara (Jendela).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan berkata, antara kawasan yang turut menerima manfaat itu ialah Jerung dan Temiang

“Bagaimanapun, saya sudah berhubung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Terengganu supaya mana-mana kawasan yang berdepan masalah capaian internet dipasang menara sementara.

“Kita menerima banyak rungutan daripada pelajar di sekitar Jerung dan diharap SKMM dapat mengutamakan keperluan golongan tersebut bagi keperluan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan telefon pintar kepada Pejabat Daerah Marang di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN