SESIAPA sahaja pastinya buntu dan sedih apabila tiba-tiba hilang punca pendapatan berikutan pandemik Covid-19 yang berlarutan sejak hampir setahun lalu. Dalam keadaan serba mencabar yang entah bila akan berakhir, sesuatu mesti dilakukan untuk menjana pendapatan. Enggan mengalah dengan situasi, dua sahabat baik, Mohd. Aziuddin Alias, 35, dan Azrin Baharom, 35, mengambil inisiatif mengusahakan tanaman terung di Batu 2, Jalan Kaki Bukit, Kangar, Perlis. Mohd. Aziuddin berkata, pada peringkat awal, mereka…










