‘Selesai kerja 3 bulan sahaja’ - Zuraida - Utusan Malaysia

‘Selesai kerja 3 bulan sahaja’ – Zuraida

ZURAIDA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempoh penyampaian perkhidmatan dan menyelesaikan isu-isu kumpulan sasar oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ditetapkan dalam tiga bulan sahaja.

Perkara itu ditegaskan Menterinya, Datuk Dr. Zuraida Kamaruddin yang mahu semua warga kementerian itu melipatgandakan kerajinan bekerja untuk lebih produktif dan pantas bertindak menyegerakan apa-apa amanah dan tanggungjawab.

Katanya, sebarang usaha untuk mencapai objektif kerja perlulah melalui tempoh lebih pendek.

“Cabaran saya kepada warga kementerian pada tahun ini adalah tempoh bagi setiap sasaran dipendekkan kepada 50 peratus yang mana dahulumakan masa enam bulan tetapi mulai tahun ini, pencapaian mestilah dalam tempoh tiga bulan sahaja.

“Ini bermakna, warga kementerian perlulah kreatif dan inovatif dalam menyampaikan perkhidmatan serta menyelesaikan isu kumpulan sasar. Semua projek hendaklah roll out on time supaya KPKT dapat mempercepat dan membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Majlis Amanat Tahun Baharu 2021 bertemakan ‘Tahun Pelaksanaan – Cepat dan Responsif’ yang diadakan secara maya, hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Ismail Abd Muttalib dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan.

Zuraida berkata, pihaknya berjaya dalam memperkasa komuniti melalui beberapa dasar yang digubal seperti Dasar Perumahan Negara, Dasar Perbandaran Negara Kedua, Dasar Rumah Mampu Milik Negara, Dasar Komuniti Negara, Dasar Kebersihan Negara dan Smart City Framework.

Malah katanya, Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negara juga diluluskan Kabinet dan akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Pencapaian utama kementerian tahun lalu, adalah dalam memperkasa sektor pembinaan projek Program Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), PR1MA dan Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan baik pulih rumah golongan B40.

“Kementerian juga juga melaksanakan inisiatif pengecualian pembayaran sewa kepada penghuni PPR di bawah pengurusan kementerian, kelonggaran pembayaran menerusi Skim Pinjaman Perumahan (SPP) dan penangguhan pembayaran sewa bagi skim Rent-To-Own (RTO) yang memberi manfaat kepada penyewa,” katanya.

Tambahnya, tahun ini, kementerian diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM5.36 bilion iaitu tambahan sebanyak RM395.3 juta berbanding tahun 2020.

“Ini adalah peruntukan terbesar kementerian berbanding tahun-tahun sebelum yang merangkumi Peruntukan Mengurus sebanyak RM3.230 bilion dan Peruntukan Pembangunan sebanyak RM2.138 bilion.

“Fokus tahun ini adalah mempersiap dan memacu inisiatif yang boleh menjayakan Circular Economy (CE) sepenuhnya yang mana kementerian sebagai teraju CE harus memastikan ekosistem CE perlu digerakkan melibatkan usaha-usaha dari pelbagai kementerian, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), sektor swasta, industri,pertubuhan bukan kerajaan serta orang awam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN