KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sehingga RM800 juta bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan selepas mula menerima vaksin Pfizer-BioNTech mulai kelmarin. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, peruntukan tambahan kepada Kementerian Kesihatan tersebut antaranya bagi keperluan seperti mobilisasi petugas, keperluan penggunaan peralatan pelindungan diri (PPE), reagen, kit saringan, cecair pembasmi kuman, bahan guna habis (consumable), alatan simpanan dan agihan vaksin serta lain-lain kos. “Kos tambahan itu juga bagi membuka pusat pemberian vaksin (PPV) di 600 tempat di seluruh negara dalam tiga fasa program imunisasi yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya