Polis buka kertas siasatan terhadap Anwar, beberapa individu - Utusan Malaysia

Polis buka kertas siasatan terhadap Anwar, beberapa individu

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis sudah membuka kertas siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan 13 laporan polis dibuat di seluruh negara ke atas Ketua Pembangkang itu kerana didakwa menghasut dan mengancam keselamatan serta ketenteraman negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia termasuk beberapa individu lain yang dilaporkan menentang Pengisytiharan Darurat itu dan mendesak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membatalkannya.

“Bukan hanya Anwar seorang, malah beberapa orang lagi kita siasat,” katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Anwar mencadangkan agar semua ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan Seri Paduka membatalkan proklamasi darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR mendakwa, beliau sudah menghantar surat kepada semua ahli Parlimen supaya berbuat demikian dalam kadar segera.

Rentetan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis terhadap beliau kerana dipercayai melakukan hasutan kepada ahli Parlimen supaya menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya