Penjawat awam digesa jayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

Penjawat awam digesa jayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Presint 11, di sini hari ini.

Turut mengambil suntikan itu adalah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Mohd. Shafiq Abdullah bermula jam 12.45 tengah hari.

Adham berkata, selain mereka bertiga, turut menerima suntikan vaksin adalah tiga orang petugas KKM iaitu pemandu, Tawfik Adnan serta Pembantu Kesihatan Awam PKD Putrajaya, Farid Md. Ithnin dan jururawat Klinik Kesihatan, Presint 11 Putrajaya, Yusniza M. Yusof.

“Dua petugas vaksinator yang bertugas adalah Laily Norazura Yakub dari Klinik Kesihatan Presint 11 dan Muhamad Bakhrul Ulum Mohd. Rashid dari Klinik Kesihatan Presint 9.

“Ini merupakan hari kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula semalam dengan suntikan pertama vaksin diterima Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diikuti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu, Mohd. Zuki menyeru semua penjawat awam segera mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera.

Katanya, semoga usaha ini dapat melandaikan keluk jangkitan Covid-19 agar kita semua dapat kembali menikmati kehidupan seperti sedia kala.

“Sebentar tadi, saya bersama-sama Menteri Kesihatan, Ketua Setiausaha KKM dan juga tiga petugas barisan hadapan selesai menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang memberi komitmen dalam membendung wabak Covid-19,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.