Nelayan asing ceroboh perairan negara diberkas - Utusan Malaysia

Nelayan asing ceroboh perairan negara diberkas

SHAHRIZAN RAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Tindakan sebuah bot nelayan Indonesia menceroboh perairan Malaysia membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak di kedudukan kira-kira 16 batu nautika barat laut Pulau Jarak, dekat sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Shahrizan Raman berkata, bot tersebut dikesan melakukan aktiviti perikanan dalam perairan negara pada pukul 5.40 petang oleh Kapal Maritim (KM) Tugau ketika melakukan rondaan Op Benteng.

“Bot tersebut dikendalikan empat kru warga Indonesia termasuk tekong berusia sekitar 20 tahun hingga 40 tahun dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Shahrizan, kesemua nelayan asing itu ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Beliau berkata, mereka juga disiasat di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa permit masuk yang sah dan Seksyen 6(1)(c) kerana memasuki Malaysia tanpa memiliki dokumen yang sah.

Jika disabitkan kesalahan di bawah Akta Perikanan, tekong boleh dijatuhkan hukuman denda sehingga RM6 juta dan kru pula didenda RM500,000 setiap seorang serta penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum setahun.

Di bawah Akta Imigresen 1959/63 pula, tertuduh boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan tidak lebih daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Shahrizan berkata, kru dan tekong bersama bot tahanan dibawa masuk ke Pusat Tahanan Vessel (PTV) Kampung Bharu, dekat sini dan tiba sekitar pukul 9.30 malam semalam.

Katanya, mereka diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia Perak untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya