Lanjutan PKP, bukti kebertanggungjawaban kerajaan - Utusan Malaysia

Lanjutan PKP, bukti kebertanggungjawaban kerajaan

MOHD. Rafiq Naizamohideen dalam sidang akhbar pada majlis pelancaran Skuad Disinfeksi Pemuda Perikatan Nasional Negeri Melaka di Masjid Cina, Krubong, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Keputusan kerajaan melanjutkan lagi tempoh Perintah Kawalan dan Pergerakan (PKP) sehingga 18 Februari ini membuktikan kebertanggungjawaban tanpa memikirkan populariti parti semata-mata.

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri (BPN) Perikatan Nasional (PN) negeri, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata, meskipun menyedari imej PN mungkin terjejas berikutan tindakan itu, berdasarkan situasi semasa PKP perlu diteruskan untuk melindungi keselamatan dan nyawa rakyat.

Katanya, kerajaan sentiasa memilih ‘jalan tengah’ bagi mengimbangi semua pandangan rakyat berhubung kawalan pandemik Covid-19.

“Kerajaan PN tidak akan buat keputusan mengikut populariti parti semata-mata. Kerajaan yang bertanggungjawab akan buat satu keputusan walaupun dibenci oleh sebahagian besar rakyat tetapi ini baik untuk rakyat.

“Walaupun mungkin sesetengah keputusan kerajaan tidak disukai oleh rakyat tetapi yang penting sekali adalah kerajaan bertindak untuk melindungi keselamatan dan juga nyawa rakyat. Ada rakyat yang tak nak PKP tapi ada juga yang suruh lock down.

“Kerajaan menerima berjuta-juta pendapat daripada rakyat Malaysia. Tidak mungkin boleh puaskan hati berjuta-juta pendapat yang berbeza-beza ini,” katanya ketika ditemui di Masjid Cina, Krubong di sini hari ini.

Sebelum itu, Mohd. Rafiq yang juga Pengerusi Jawatankuasa NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri merasmikan pelancaran Skuad Disinfeksi Pemuda PN Melaka di masjid berkenaan.

Mengulas mengenai skuad terbabit, beliau berkata, kawasan-kawasan tumpuan awam seperti masjid, rumah-rumah ibadat agama lain serta sekolah akan diberikan tumpuan untuk proses sanitasi secara percuma.

Ujarnya, skuad itu bergerak serentak di enam kawasan Parlimen dan turut menawarkan proses sanitasi kepada orang perseorangan yang memerlukan.

“Kita akan utamakan premis-premis milik kerajaan dan sekiranya ada orang perseorangan yang meminta perkhidmatan ini. Mungkin kalau ada kelapangan dan juga kudrat, kita boleh cuba memenuhi.

“Dengan syarat tidaklah secara percuma, mungkin dengan kos yang minima untuk menampung kos cecair disinfeksi sahaja,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya