Kilang ayam tutup: Bekalan di Melaka mencukupi - Utusan Malaysia

Kilang ayam tutup: Bekalan di Melaka mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bekalan ayam di negeri ini tetap mencukupi terutaman menjelang sambutan Tahun Baharu Cina meskipun sebuah kilang pemprosesan ayam di Serkam, Jasin ditutup sementara kerana penularan Covid-19.

Justeru, orang ramai diminta tidak membuat pembelian panik.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Norena Jaafar berkata, setakat ini hasil pemeriksaan dijalankan penguat kuasa di premis runcit mendapati bekalan bahan mentah itu masih mencukupi untuk menampung keperluan harian rakyat.

Katanya, premis runcit masih mempunyai pilihan pembekal bagi memastikan bekalan ayam stabil di pasar-pasar raya di kawasan setempat masing-masing.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bekalan ayam mentah di pasaran tidak terjejas berikutan penutupan sementara operasi syarikat berkenaan.

“Pengguna dinasihatkan tidak membuat pembelian panik bagi memastikan kestabilan bekalan barang mentah ini dipasaran,” katanya di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, seramai 604 pekerja kilang pemprosesan ayam di Serkam di sini didapati positif Covid-19 selepas melakukan ujian calitan sejak awal bulan ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, 1,817 pekerja telah disaring melibatkan 443 pekerja tempatan manakala baki 1,428 pekerja pula terdiri daripada warga asing.

Beliau berkata, kesemua pekerja yang bergejala telah ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang
(MAEPS), Selangor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya