Kaji kesan pemanasan di Pantai Antartika November ini - Utusan Malaysia

Kaji kesan pemanasan di Pantai Antartika November ini

SHARIFAH Mazlina Syed Abdul Kadir (kanan) mengetuai Sahabat Aweta menyampaikan bantuan pasca banjir di Kampung Ulu Luit, Maran, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Syarikat produksi perfileman, universiti, agensi kerajaan dan korporat dipelawa merebut peluang keemasan menyertai ekspedisi menyusuri pantai Antartika yang dijadualkan November ini.

Ikon Ratu Kutub Negara, Dr. Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, 54, berkata, peluang keemasan itu terbuka apabila tokoh pengembara kutub, Sir Robert Swan mengajak menaiki kapalnya mengikuti misi mengkaji kesan pemanasan global di kawasan berkenaan.

Katanya, Robert Swan tertarik dengan kejayaannya membawa tiga orang pelapis ke Antartika menerusi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika pada 18 Disember 2019 hingga 3 Januari 2020.

“Saya ditawarkan secara percuma oleh penganjur manakala mana-mana pihak berminat perlu membayar separuh harga kos misi selama dua minggu itu.

“Tawaran Robert Swan sangat bermakna kerana peluang seperti itu sukar diperoleh dan perlu direbut oleh para ilmuan dan produksi perfileman membuat penggambaran suasana alam yang cantik dan luar biasa,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Ulu Luit di sini.

Sharifah Mazlina Syed berkata, setiap negara seperti dinyatakan Robert Swan wajar membuat dokumentari berkaitan perubahan ketara kawasan Antartika berikutan pemanasan global yang mana puncanya disebabkan oleh tangan manusia sendiri.

“Berdasarkan kajian sains termasuk Robert Swan meramalkan kepingan ais di Antartika akan cair atau berlaku ‘kiamat ais’ menjelang 2041 jika tiada tindakan konkrit antarabangsa,” katanya.

Menurutnya, dalam dalam tempuh beberapa bulan ini, beliau menjalani latihan fizikal dan mental di Tadom Hill, Kuala Lumpur dan rumah salji di Genting Higlands sebelum berangkat ke Antartika.

Katanya, beliau bercadang membawa beberapa pelapis yang berkelayakan sekiranya ada penaja daripada korporat atau badan amanah pendidikan.

Untuk rekod, Sharifah Mazlina merupakan wanita Asia pertama merentasi Antartika secara solo sejauh 1,110 kilometer dalam masa 22 hari.

Beliau juga wanita Asia pertama berjaya menjelajah kedua-dua Kutub Utara dan Kutub Selatan selain sering mengadakan ekspedisi lain ke Greenland. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.