fbpx

6 Mac 2021, 2:31 pm

  TERKINI

Dalang dadah wanita dicekup, rampas heroin base RM7.8j 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekal heroin base untuk keperluan 3.6 juta penagih dadah di negara ini.

Itu aktiviti satu sindiket pengedaran dadah terbesar di negara ini yang didalangi seorang wanita tempatan. Bersama wanita itu polis  merampas heroin base bernilai RM7.8 juta.

Dalam serbuan di Kuala Lumpur dan Selangor oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman dan Kuala Lumpur itu, turut ditahan ialah suami kepada suspek utama dan juga lima lelaki tempatan lain.

Timbalan Pengarah Narkotik (Perlucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) Bukit Aman, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sindiket digelar ‘Mockingbird’ itu aktif  enam bulan lalu unuk mengedar dadah di  Lembah Klang. 

Kata beliau, mereka memperoleh bekalan dadah dari Myanmar dan dibawa masuk melalui Thailand untuk dipasarkan di negara ini.

“Wanita yang mahir berbahasa Siam itu dikatakan menggunakan kebolehannya untuk berurusan dengan sindiket dadah di negara-negara jiran.

“Kerana ketika ini  pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sindiket ini dipercayai menggunakan tiket ‘Essential Service’ untuk melepasi sekatan untuk membawa masuk kesemua dadah tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, kata Kamarul Zaman, semakan air kencing ke atas kesemua suspek berusia 22 sehingga 46 tahun itu mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Ujar beliau, siasatan awal mendapati tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah dan dadah.

“Kesemua mereka akan tamat tempoh reman hari ini dan pihak kita akan menghantar permohonan untuk melanjutkan reman itu.

“Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 yang mana pelbagai aset milik suspek bernilai RM405,000 telah dibekukan,” jelasnya. – UTUSAN