'Akaun rahsia' UMNO hanya niat burukkan parti - Tengku Adnan

‘Akaun rahsia’ UMNO hanya niat burukkan parti – Tengku Adnan

TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dakwaan bahawa UMNO memiliki akaun rahsia yang tidak diaudit sebagai tujuan menerima sumbangan politik hanya satu cubaan untuk mencalarkan imej parti. 

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pemindahan wang parti ke akaun lain adalah berasas disebabkan terdapat arahan pihak berkuasa untuk membekukan akaun tersebut pada 6 Julai 2020. 

“Spekulasi dan propaganda murahan dibuat atas tujuan tidak lain ingin memberi persepsi negatif kerana barangkali tidak berpuas hati terhadap keputusan mahkamah sebelum ini setelah akaun UMNO dinyahbeku tahun lalu.

“Akauntan di ibu pejabat UMNO dan BN mengambil tanggungjawab ke atas arahan Bendahari untuk mengelakkan wang tersebut dibekukan kembali. 

“Tidak dinafikan bahawa ada usaha oleh pihak tertentu untuk menahan dan menyita wang UMNO secara berterusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata demikian mengulas laporan media tempatan baru-baru ini pihak pendakwaan di mahkamah mendakwa UMNO memiliki akaun rahsia yang terdapat wang tunai berjumlah RM114.16 juta yang tidak diverifikasi dan diaudit sebagai tujuan menerima sumbangan politik. 

Perkara itu disebutkan pihak pendakwaan semasa menyanggah dakwaan wang tunai berkenaan yang dituntut oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Razak dan UMNO dalam saman pelucutan hak berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap syarikat Obyu Holdings adalah milik parti itu. 

Difahamkan, sekiranya wang tunai tersebut didapati menyalahi pelbagai peruntukan di dalam Akta Pertubuhan 1966, UMNO kemungkinan besar dibatalkan pendaftarannya. 

Tengku Adnan berkata, kes pembekuan akaun parti itu masih dalam proses rayuan di Mahkamah Rayuan sehingga ke Mahkamah Persekutuan. 

Malah katanya, akaun UMNO sentiasa diaudit oleh juruaudit bertauliah setiap tahun dan dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). 

“Berkaitan tuntutan UMNO melibatkan wang yang sedang berlangsung sekarang pula, biarlah pihak mahkamah memutuskannya kelak. 

“UMNO sentiasa patuh dan menjunjung tinggi setiap perundangan dan peraturan yang ditetapkan serta mengutamakan ketelusan dan integriti atas nama parti yang berkhidmat kepada rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.