Agama sesat: Pendakwah, da'i perlu beri pencerahan - Utusan Malaysia

Agama sesat: Pendakwah, da’i perlu beri pencerahan

NASRUDIN Hassan menyampaikan sumbangan wang tunai Yadim kepada Pegawai Felda, Siti Zaharah Ismail mewakili keluarga mangsa rumah terbakar di Felda Jengka 8 di Maran, Pahang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Golongan pendakwah dan da’i perlu proaktif memberikan pencerahan kefahaman agama yang betul jika terdapat mana-mana ajaran pelik dan menyeleweng daripada Islam dikesan di negara ini.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan berkata, peranan golongan itu penting menasihatkan masyarakat jangan terpengaruh dengan ajaran yang menyeleweng. 

Beliau berkata, negara ini ‘tidak sunyi’ daripada ajaran menyeleweng dan pelik seperti yang terkini Agama Melayu dibawa seorang wanita yang popular dengan panggilan Ibu Yati.

“Dalam hal itu peranan para da’i dan pendakwah memberi pencerahan kepada masyarakat bahawa ajaran itu sesat dan perlu ditolak.

“Anggota masyarakat pula jika ada kemusykilan perlu merujuk kepada pihak berautoriti seperti mufti, pegawai jabatan agama dan imam,” katanya setelah menyampaikan sumbangan Yadim berjumlah RM2,000 kepada mangsa rumah terbakar, Saari Ahmad, 80, di Felda Jengka 8 di sini semalam. 

Nasrudin berkata, Yadim berperanan menyelaraskan kegiatan badan dakwah serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar berjalan seiring dan sejajar dengan dasar negara serta menjadi pemangkin ke arah penyebaran dakwah di Malaysia.

Beliau dalam pada itu berkata, siasatan Pejabat Agama Islam Selangor dan Melaka kini berada di peringkat akhir berikutan aduan 13 NGO terhadap Ibu Yati. 

Beliau juga berkata, setakat ini belum menerima writ saman daripada Ibu Yati yang difahamkan mahu mengambil tindakan tersebut. 

Sementara itu, beliau berkata, Yadim memberi jaminan sebanyak RM15,000 lagi akan ditambah untuk membolehkan sebuah rumah baharu kepada keluarga Saari  dibina tidak lama lagi.- UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya