943 kemalangan elak haiwan di NS - Utusan Malaysia

943 kemalangan elak haiwan di NS

KEMALANGAN melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) selepas pemandunya tidak sempat mengelak seekor kerbau melintas jalan berhampiran Pekan Chengkau, Jalan Seremban-Tampin, Rembau tahun lalu.- UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 943 ataupun 4.7 peratus daripada keseluruhan 19,879 jumlah kemalangan direkodkan di Negeri Sembilan adalah kemalangan yang disebabkan mengelak binatang melintas termasuk haiwan-haiwan ternakan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Ibrahim Abdul Kadir berkata, daripada jumlah kemalangan berkenaan, ia melibatkan lima kemalangan maut, 12 kemalangan yang mengakibatkan cedera parah dan 35 kemalangan menyebabkan cedera ringan.

Katanya, daripada lima kemalangan maut berkenaan, tiga berlaku di daerah Jempol manakala dua lagi di daerah Rembau.

“Tahun lalu, kemalangan elak lembu mencatatkan tiga kemalangan maut, empat cedera parah dan sembilan cedera ringan. Bagi kemalangan mengelak kerbau pula, dua kemalangan maut direkodkan, dua parah dan satu cedera ringan.

“Bagi kemalangan elak kambing pula terdapat satu kes kemalangan cedera ringan dicatatkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Ibrahim berkata, bagi bulan lalu sahaja, sebanyak 78 kemalangan mengelakkan haiwan berlaku daripada keseluruhan 1,467 kemalangan direkodkan.

“Ia juga membabitkan satu kemalangan maut yang dicatatkan di daerah Jempol, dua cedera parah dan sembilan cedera ringan. Satu kematian adalah kemalangan membabitkan elak lembu dan dua lagi membabitkan kemalangan kecederaan parah mengelak kambing dan anjing.

“Kami berharap agar pemilik haiwan ternakan akan dapat memberikan kerjasama dengan menempatkan haiwan ternakan di dalam kawasan berkurung bagi mengelakkan haiwan berkenaan berkeliaran di jalan raya.

“Risiko kemalangan lebih tinggi kepada pengguna jalan raya sekiranya haiwan ternakan berkenaan berkeliaran di jalan raya pada waktu malam dan laluan gelap,” katanya.

Ujarnya lagi, selain binatang ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing, kemalangan juga melibatkan binatang lain seperti anjing, babi, biawak dan monyet.

“Ia juga melibatkan kemalangan mengelak binatang dilindungi seperti tapir pada tahun lalu dengan iaitu satu kes cedera parah.

“Tahun lalu terdapat tiga kemalangan cedera parah membabitkan anjing dan masing-masing satu bagi biawak dan monyet. Bagi kes kemalangan cedera ringan pula, 12 kemalangan membabitkan anjing, lapan kes elak babi dan satu kes elak kucing,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya