Zahidi pula disahkan dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

Zahidi pula disahkan dijangkiti Covid-19

ZAHIDI ZAINUL ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin   disahkan positif Covid-19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Pejabat Timbalan Menteri itu, beliau menjalani ujian saringan tersebut sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang Isnin lalu.   

Katanya, beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk menjalani rawatan  lanjut mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.  

“Pada 25 Disember tahun lalu, beliau telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan keputusannya ialah negatif. 

“Beliau kini berada dalam keadaan stabil dan memohon maaf atas  segala kesulitan yang timbul. Beliau juga berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan semua yang terlibat,” katanya hari ini. 

Zahidi merupakan anggota Kabinet keempat dijangkiti wabak itu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Tugas Khas),  Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof didapati negatif Covid-19. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya