KUALA LUMPUR: Tinggalkan budaya hedonisme (mementingkan keseronokan). Semoga dengan bermulanya lembaran baharu pada tahun 2021 ini, semua umat Islam dan rakyat menggunakan segala peluang yang ada dengan menggandakan usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT pada saat seluruh dunia diuji dengan pandemik Covid-19. Itu perkongsian azam baharu tahun 2021 yang dikongsikan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Luqman Abdullah. Belaiau berkata, tahun baharu 2021 wajar diisi dengan program-program yang bermanfaat antaranya mengimarahkan…