Sindiket rokok, arak seludup tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket rokok, arak seludup tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu sindiket pengedaran rokok dan arak seludup di Pulau Pinang tumpas apabila enam lelaki ditahan dalam dua serbuan di Barat Daya dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, semalam.

Hasil serbuan yang dilakukan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraan Awam (KDNKA), Bukit Aman, kesemua mereka yang ditahan berusia antara 27 tahun hingga 67 tahun dan turut dirampas iaitu 184,800 batang rokok kretek dan 1,632, arak tidak bercukai bernilai RM162,419.

Timbalan Pengarah (Gerakan) KDNKA, Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, selain itu, sebanyak enam kereta bernilai RM40,000 serta wang tunai RM218,187 dirampas.

Kata beliau, dalam operasi itu juga, seorang wanita warga emas berusia 63 tahun ditahan selepas menawarkan wang tunai berjumlah RM28,150 sebagai sogokan untuk melepaskan tangkapan.

“Suspek wanita berkenaan diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

“Bagi tangkapan enam lelaki berkenaan, tiga daripadanya ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah manakala tiga lagi suspek ditahan di lokap IPD Barat Daya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya