Cari tukang urut, jumpa pelacur - Utusan Malaysia

Cari tukang urut, jumpa pelacur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cari pusat refleksologi, jumpa pelacur. Begitulah dilema ‘orangbiasa’ yang masuk ke premis berlogo tapak kaki di sekitar Klang tetapi tiada perkhidmatan tersebut.

Satu sumber berkata, persundalan di sebalik logo tapak kaki sudah lama dan semakin ‘maju’ walaupun Covid-19 sedang mengancam penduduk.

Sumber memaklumkan, aktiviti pelacuran dengan logo tersebut didalangi lelaki warga tempatan berusia 40-an manakala dua dan tiga lagi sindiket kecil lain cuba bersaing dengan sindiket lelaki itu.

“Ketua sindiket tersebut didakwa berasal dari Sekinchan dan lelaki ini hidup mewah hasil membekalkan khidmat seks di Klang,” kata sumber.

Mendedahkan lanjut, sumber berkata, tinjauan mendapati sindiket itu memiliki kira-kira 20 buah rumah pelacur menggunakan logo tapak kaki di sekitar Klang Selatan, Klang Utara dan Shah Alam.

“Setiap kedai akan menyediakan tujuh hingga 10 pelacur setiap hari untuk dipilih pelanggan manakala khidmat seks pula dicaj ikut jam atau semalaman antara RM150 hingga RM550,” katanya.

Jelas sumber, premis-premis pelacuran itu ‘menghidangkan’ pelacur Indonesia, Vietnam, China dan Thailand manakala pelanggan yang ‘gemar’ melanggan membabitkan warga asing terutama lelaki Bangladesh, diikuti lelaki tempatan.

Sumber berkata, modus operandi sindiket ialah menunjukkan gambar-gambar wanita kepada pelanggannya menerusi aplikasi WhatAps atau pelanggan boleh ‘walk-in’ ke rumah-rumah persundalan tersebut.

“Kebiasaannya, rumah me­nempatkan pelacur tidak jauh dengan premis urut kaki yang sebenarnya menawarkan khidmat seks,” katanya.

Dakwa sumber itu lagi, rangkaian pelacuran dimiliki sindiket ini ‘kebal’ kerana ada yang boleh beroperasi berdekatan balai polis seperti yang ada di Bandar Baru Klang di Klang Utara.

“Pusat urut di situ sudah di­serbu beberapa kali termasuk oleh polis Bukit Aman namun selepas menutup sementara perniagaannya, premis itu akan dibuka semula selepas beberapa hari,” katanya.

Difahamkan, pelacur warga asing dimiliki sindiket memasuki negara ini dengan menggunakan cop sempadan dari Si­ngapura. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN