29 kena kompaun ekoran gagal patuhi SOP PKP - Utusan Malaysia

29 kena kompaun ekoran gagal patuhi SOP PKP

ADZLI Abu Shah (kanan) bertanyakan sesuatu dengan penunggang motosikal di sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di Bedong, Sungai Petani malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seramai 29 individu dikenakan kompaun selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini dari 13 Januari lalu hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kesemua individu terbabit yang berumur antara 25 hingga 45 tahun ditahan dalam tiga kes berasingan di sini  dalam tempoh tersebut.

Menurutnya, tangkapan pertama membabitkan dua lelaki tempatan dan empat warga negara asing di sekatan Jalan raya (SJR) pada hari pertama pelaksanaan PKPB kerana gagal mengemukakan dokumen diri.

Katanya, pada tangkapan kedua, seramai 19 individu ditahan di sebuah pusat hiburan di Taman Mutiara Indah di sini pada 19 Januari manakala tangkapan ketiga pada tarikh sama membabitkan empat individu yang berada dalam sebuah kedai gunting rambut di sini pada pukul 1.45 pagi.

“Individu terbabit ditahan selepas didapati melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (APDPPB) bagi mengekang penularan Covid-19. Selain dikenakan kompaun RM1,000 mengikut APDPPB, polis turut melakukan siasatan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6, Enakmen Hiburan,” katanya.

Adzli berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memantau SJR berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bidong di sini malam semalam.

Selain itu, beliau memberitahu, seramai 300 anggota polis dan pasukan keselamatan terlibat dalam penugasan di tujuh SJR di daerah ini sepanjang PKP berkuat kuasa hari ini hingga 4 Februari depan. 

“Seramai 190 anggota melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan tugas di tujuh SJR tersebut.  Sementara itu, seramai 110 anggota lagi ditugaskan sebagai pasukan pemantau pematuhan SOP yang akan melakukan rondaan di sekitar daerah ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya