Waspada jerat ah long - Utusan Malaysia

Waspada jerat ah long

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Mula-mula sekadar bertanyakan tentang tawaran pinjaman ah long, namun secara tiba-tiba duit dimasukkan ke akaun mereka.

Demikian modus operasi dilakukan sindiket ah long bagi menjerat orang ramai sehingga terpaksa menangung beban pinjaman daripada pihak berkenaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka pada mulanya tidak mempunyai niat untuk meminjam kerana hanya sekadar bertanya tentang pinjaman ditawarkan.

“Orang ramai cuba bertanya tentang bunga dan pinjaman tersebut, tetapi ah long dah masuk duit dalam akaun mereka walaupun tiada untuk meminjam. Jadi ah long gunakan asas ini untuk mencari mereka.

“Kita dah bercakap perkara ini banyak kali, baru-baru ini sudah ada tangkapan. Saya akan buat sidang media dalam masa terdekat berhubung perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Tawaran Diskaun Saman Trafik Kontinjen Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di sini hari ini.

Sementara itu,  Ayob Khan memaklumkan, pihaknya akan melancarkan operasi lampu isyarat dan nombor pendaftaran bermula 15 sehingga 31 Disember ini bagi mengesan pihak yang melanggar undang-undang trafik.

Katanya, polis akan memfokuskan kepada pekerja e-hailing dan penghantaran barangan yang sering melanggar melanggar lampu isyarat kerana tindakan itu bukan sahaja membahayakan diri mereka, malah pengguna jalan raya lain.

“Berhubung nombor plat pula, kita dapati ada sikap pemilik kenderaan tidak mematuhi piawaian ditetapkan pihak berkuasa kerana mahu kelainan. Mereka sengaja ubah suai dengan maksud atau tujuan tertentu untuk mengelirukan dan sukar dibaca.

“Kita akan lancar op khas bagi mengesan kedua-dua kesalahan ini bermula 15 sehingga 31 Disember,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN