Iran guna peluru berpandu balistik Haj Qassem serang Israel - Utusan Malaysia

Iran guna peluru berpandu balistik Haj Qassem serang Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran mengesahkan penggunaan peluru berpandu balistik terbaharu, Haj Qassem, dalam siri serangan terhadap Israel pada hujung minggu lalu, menurut laporan agensi berita FARS yang berpangkalan di Teheran.

Peluru berpandu itu, yang dinamakan sempena bekas komander Pasukan Quds, Jeneral Qassem Soleimani, dilaporkan mengenai beberapa sasaran di kawasan Tel Aviv dan Bat Yam, menyebabkan kemusnahan besar serta korban jiwa.

Menurut Kementerian Pertahanan Iran, peluru berpandu berkuasa tinggi itu menggunakan bahan api pepejal, mempunyai jarak jangkauan sehingga 1,200 kilometer dan dilengkapi kepala peledak yang boleh bermanuver untuk menembusi sistem pertahanan seperti THAAD dan Patriot yang digunakan oleh Israel dan sekutunya.
Menteri Pertahanan Iran, Jeneral Aziz Nasirzadeh, dalam wawancara televisyen pada 4 Mei lalu, menyatakan sistem navigasi canggih pada peluru berpandu itu membolehkannya menyerang sasaran dengan ketepatan tinggi serta mengatasi gangguan peperangan elektronik.
Serangan balas Iran itu berlaku selepas Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa kemudahan nuklear dan ketenteraan di Tehran pada Jumaat, yang turut mengorbankan beberapa pegawai kanan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC).
Setakat ini, lebih 200 peluru berpandu dilaporkan dilancarkan oleh Iran dalam tiga gelombang serangan, mengakibatkan sekurang-kurangnya tujuh kematian dan ratusan cedera di pihak Israel, termasuk di kawasan Ramat Gan, Rehovot dan Haifa.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN