Tanggungjawab ATM kepada waris arwah Mohd. Zahir selesai - Utusan Malaysia

Tanggungjawab ATM kepada waris arwah Mohd. Zahir selesai

KERATAN akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tanggungjawab Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Darat berhubung pembayaran ganjaran, faedah gantian cuti rehat (FGCR), pencen terbitan, pencen orang tanggungan dan ex gratia orang tanggungan (EXOT) milik Allahyarham Leftenan Kolonel Mohd. Zahir Armaya telah diselesaikan bermula Oktober tahun lalu.

Perkara itu ditegaskan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Datuk Dzulkarnain Ahmad dalam sidang akhbar khas sebentar tadi.

DZULKARNAIN AHMAD

Beliau berkata, semua bentuk bayaran dibayar oleh Kementerian Pertahanan secara one off dan bulanan kepada ibu, balu dan lima anak iaitu dua anak tiri dan tiga anak kandung arwah.

“Bayaran one off ganjaran terbitan kepada ibu, Rusunjan Mohamad. Bayaran telah dilaksanakan pada bulan Mac 2020 berjumlah RM16,029.

“Bayaran one off ganjaran terbitan dan FGCR kepada balu, Nour Shafinar Harun. Bayaran telah dilaksanakan pada bulan Oktober 2019 berjumlah RM91,983.73.

“Bayaran one off ganjaran terbitan dan FGCR kepada dua anak bekas isteri pertama. Bayaran telah dilaksanakan pada bulan Oktober 2019 berjumlah RM32,923.28.

“Ini tidak termasuk pembayaran bulanan lain seperti bayaran bulanan pencen terbitan, pencen orang tanggungan dan EXOT,” katanya.

Sebelum ini, pelakon dan pelawak, A.R. Badul menolak dakwaan mahu membolot harta anaknya dengan menjelaskan dia hanya mahu menuntut hak sebagai bapa.

A.R Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 71, berkata, buat masa ini dia tidak kisah jika ada pihak yang mengambil kesempatan mengecam dirinya memandangkan dia hanya memikirkan keadaan cucu-cucunya.

Terbaharu, pelakon filem Prebet Lapok itu mengakui kecewa dengan kenyataan menantunya, Nour Shafinar yang mendakwa anaknya, Mohd. Zahir sebagai muflis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya